Cara Nak Dapatkan CDJapan Rewards Points
CDJapan adalah tempat saya membeli buku jahitan Jepun. Biasanya kat Kinokuniya Malaysia ada jual tapi harganya mahal kalau nak dibandingkan dengan harga CDJapan. Lagipun nak beli online kat Kinokuniya Malaysia kena ada kad kredit. Saya takde kad kredit. Kat Etsy pon ada jual buku jahitan Jepun, tapi harga mahal jugak. Kalau ada buku yang kita berkenan tapi takde kat CDJapan, try cari kat Etsy. Kadang2 mahal tak menjadi masalah kalau kita dah berkenan sangat dengan buku tu kan.
Kat CDJapan saya bayar guna Paypal dan penghantaran saya pilih SAL (paling murah). Takde tracking number😅. Setakat ni takde masalah lagi. Semua buku yang saya order sampai. Alhamdulillah😁. Packagingnya pon bagus.
Antara buku yang saya beli:
Jarang beli tapi ada beli. Hehe
Kalau selalu shopping kat CDJapan elok ambil tahu pasal rewards points dia. Boleh berjimat sikit.
Sebagai tanda terima kasih, CDJapan akan memberikan rewards points kepada setiap pelanggan yang membuat pembelian dengan mereka. Points yang diberikan berbeza2 mengikut jenis produk dan jumlah pembelian. Tak membeli pon boleh dapat points tapi kena subscribe newsmail CDJapan dulu. CDJapan akan beritahu promosi2 istimewa yang ada melalui email kita. Points akan dimasukkan kedalam akaun CDJapan kita bila tiba waktunya. Setiap 1 point bersamaan dengan 1 Japanese Yen. Kalau ada 500 points, maknanya kita ada 500 Japanese Yen. Kita boleh redeem points tu pada pembelian yang seterusnya. Points yang kita dapat ada tempoh luputnya. Kita boleh redeem sikit2 points tu. Tak semestinya guna semua sekaligus. Nak guna semua pon boleh takda masalah. Rancanglah mana yang bersesuaian. Harga barang di CDJapan hanya menggunakan matawang Japanese Yen.
CARA NAK DAPATKAN REWARDS POINTS:
Pertama:
Beli barang.
Points you earn: 3% dari harga barang yang kita beli (untuk buku 1% je).
Maklumat 'points you earn' nih ada kat setiap product page.
Tempoh luput: 1 tahun
Dalam gambar kat bawah ni, 'points you earn' adalah 1% iaitu bersamaan dengan 12p.
Points dimasukkan kedalam akaun CDJapan selepas barang dipos kepada kita. Hanya harga barang yang dimbilkira. Kos pos tak termasuk. Kalau kita beli barang menggunakan points, harga barang yang menggunakan points tu takkan dimasukkan ke dalam pengiraan points baru.
Contoh:
Harga barang 5,000yen. Kita redeem 1,000p. Jadi tinggal 4,000yen yang kita kena bayar pakai duit kita. So points yang kita dapat adalah 4000 x 3% = 120p.
Kedua:
Daftar tarikh lahir (sekali je, xboleh modify lepas daftar).
Points you earn: 300p
Tempoh luput: setahun
Points dapat sekali setahun iaitu pada hari pertama bulan kelahiran kita. Contoh lahir pada 4/7/1999. Kita akan dapat points pada 1/7 setiap tahun. Bukan pada 4/7. Kita boleh je pilih tarikh lain drp tarikh lahir kita. So, kalau nak pilih tarikh lain, pilih yang dekat2 dengan bulan sale, bulan perayaan Jepun. Kira masa ada sale, kita adala points sikit untuk digunakan masa beli barang.
Ketiga:
Beli barang berjumlah 5,000 yen dan keatas (tak termasuk kos pos).
Points you earn:
300p untuk jumlah belian 5,000 yen - 9,999 yen
500p untuk jumlah belian 10,000 yen - 19,999 yen
600p untuk jumlah belian 20,000 yen - 29,999 yen
700p untuk jumlah belian 30,000 yen - 49,999 yen
800p untuk jumlah belian 50,000 yen dan keatas
Tempoh luput: 90 hari
Points masuk akaun 4 hari selepas order dipos.
Keempat:
Beli dan beli sehingga pembelian terkumpul untuk setiap 3 bulan (Jan-Mar, Apr-Jun, Jul-Sep and Oct-Dec) mencapai 20,000 yen, 30,000 yen atau 50,000 yen.
Points you earn:
500p untuk jumlah belian terkumpul 20,000 yen
700p untuk jumlah belian terkumpul 30,000 yen
1000p untuk jumlah belian terkumpul 50,000 yen
Tempoh luput: 90 hari
Points masuk akaun pada hari pertama Jan, Apr, Jul dan Oct.
Contoh:
Belian terkumpul kita dari Jan-Mar adalah 20,000 yen. So, kita akan dapat 500p pada 1 Apr. Lepas tu belian terkumpul kita dari Apr-Jun adalah 50,000 yen, so kita akan dapat 1000p pada 1 Jul.
Kelima:
Participate in CDJapan online survey.
Points you earn: 50p
Tempoh luput: tak ingat
Online survey dia bagi melalui email. Senang je. Baca soalan, klik mana yang patut. Pastu send. Nanti dapatla points.
Keenam:
Subscribe to CDJapan newsmail.
Points you earn: Ikut apa yang ditawarkan. Biasanya 500p
Tempoh luput: tak ingat
Kita akan dapat email limited-time exclusive points dari CDJapan dari semasa ke semasa. Paling banyak dia bagi 500p. Points banyak tapi cepat luput. Kadang rasa rugi tak guna.
Contoh email:
Ketujuh:
Beli masa ada promosi melibatkan rewards points di website CDJapan.
Points you earn: ikut promosi yang ditawarkan.
Contoh promosi:
-Earn 10% bonus points dengan setiap pembelian.
-Get 500p untuk pembelian berjumlah 5,000 yen keatas.
Masa promosi ni kira kita dapat points 2 kali. Pertama, points dari beli barang. Kedua, points dari promosi yang ditawarkan. Kalau dapat 10% bonus points tu memang best. Contoh beli 7,000 yen, kita dapat 700 bonus points. Banyak tuh. Promosi ni CDJapan pernah bagi pada bulan 2 tahun 2018. Ni yang dalam pengetahuan saya la. Mungkin ada promosi lain yang saya terlepas pandang.
Kelapan:
Join CDJapan affiliate program dan pilih komisyen dalam bentuk point.
Points you earn: 5%-7% bergantung kepada jualan bulanan
Tempoh luput: setahun
Boleh je nak dapat komisyen dalam bentuk tunai melalui paypal. Saya pilih points. Untuk makluman, kita boleh beli melalui link affiliate kita sendiri.
Itu je cara-cara yang saya tahu.
Gambar bawah ni screenshot rewards points dari akaun saya.
Tak banyak mana pon tapi okla dari takde langsung😊. At least boleh tampung sikit kos shipping SAL. Points yang dah nak expire akan digunakan terlebih dahulu bila kita redeem points.
Okeh, sekian😎. Nihon ga suki❤.















