BERNIAGA BUKU DI SHOPEE

Saya mula berniaga buku di Shopee sejak bulan Januari 2020. 

Awalnya saya cadang nak berniaga pakaian, beg, stationery dan lain-lain barang keperluan asas. Guna konsep pre-order. Ada order masuk, baru saya hantar order pada supplier. Supplier pos kepada saya untuk saya check kualiti barang, kemudian saya pos kepada pelanggan. Tapi susah sebab harga barang jadi mahal dan kebanyakan pelanggan tak suka tunggu lama. Nak beli stok sendiri saya tak mampu. Modal berniaga takda. Saya jenis tak menyimpan. 

Suatu hari, adik saya cadangkan saya buat dropship dulu. Lepas tu baru saya teringat yang saya pernah daftar jadi dropshipper untuk satu company ni. Saya pun mulakan upload produk di kedai Shopee saya. Alhamdulillah ada jualan akhirnya. Saya memang minat buku (tapi jarang baca buku). Jadi, saya seronok uruskan kedai Shopee saya. 

Saya teringin je nak simpan stok sendiri tapi saya risau stok lambat jalan atau buku rosak sebab saya tak pandai jaga elok-elok. Jadi sampai sekarang saya masih jadi dropshipper tanpa satu stok pun di tangan. Pesanan pelanggan semuanya supplier yang uruskan. Ada sesetengah dropshipper simpan stok sendiri. Jadi kalau stok pada supplier habis pun, dia tak hadapi apa-apa masalah, relax je.

Saya tak masukkan semua buku yang ada di website supplier dalam kedai Shopee saya. Ada banyak sangat tajuk dan ada sesetengah tu stoknya tak banyak. Kalau saya listkan semua, jenuh tu nak update stok setiap buku. Biasanya kalau kat website supplier ada stok 100 buah untuk tajuk tertentu, saya akan letak kuantiti 7 buah sahaja di kedai Shopee saya. Sebab dropshipper lain pun jual tajuk yang sama. 

Antara komik yang ada di Kedai Buku Black Kiyora:





Awal-awal berniaga dulu rasa susah sangat. Sebab saya kena guna duit sendiri dulu untuk order buku pada supplier. Duit yang pelanggan bayar, Shopee akan pegang dulu. Bila pelanggan dah sahkan terima buku, baru Shopee lepaskan duit pelanggan ke wallet seller. 

Saya ingat lagi pinjam duit pada kakak saya, adik saya, kawan saya, ex-majikan saya. Sebab masa mula-mula PKP dulu, ramai orang beli buku online terutamanya ibu bapa. Proses order dan penghantaran ambil masa lama dari biasa sebab waktu kerja dipendekkan dan tenaga kerja dikurangkan. 

Bila pelanggan lambat dapat buku, lambat la Shopee masukkan duit pelanggan ke wallet seller. Order baru pula masih masuk. Tapi duit dah takda. Semua kat Shopee. Macammana nak order buku pada supplier? Apa penyelesaiannya? Kena pinjam duit la jawabnya. Malu la jugak tapi terpaksa. Lepas duit masuk je wallet seller, terus saya bayar balik hutang. Kena bina kepercayaan orang pada kita. Nanti susah-susah boleh pinjam lagi.

Ada suatu masa tu, kerajaan benarkan pengeluaran KWSP (i-Lestari). Saya memang dari dulu lagi teringin nak keluarkan duit KWSP dan tukarkan kepada simpanan emas. Tak sangka akhirnya boleh keluarkan duit KWSP. Keadaan ni menyebabkan saya tak perlu lagi meminjam duit pada sesiapa. Saya gunakan sedikit duit KWSP sebagai modal berniaga dan selebihnya saya beli emas untuk simpanan jangka panjang menggantikan KWSP.

Nak dekat 2 tahun dah berniaga di Shopee. Tapi kedai masih tak berkembang. Haha. Follower pun masih sikit. Persaingan makin sengit. Nak tak nak, kena usahakan cari pendapatan tambahan. Kos sara hidup makin meningkat. Okay, undur diri dulu.

Jemput singgah ke Kedai Buku Black Kiyora.

Boleh juga lawati https://semuanyabuku.com/ untuk lebih banyak pilihan tajuk buku. Jika berkenan dengan mana-mana buku, boleh maklumkan kepada saya di https://wa.me/60132531034 untuk buat tempahan.

Ditulis oleh,
Zuran
Ejen Dropship PTS Bookcafe

Terima kasih :)


















Catatan popular daripada blog ini

Bag Making Tools: Prym Turning Set

Hasil Kerja Kraftangan

KEMPEN CINTA RASUL (18 OKTOBER - 18 NOVEMBER 2021) - PERCUMA POSKAD PTS 7 SUNNAH PENINGGALAN RASULULLAH